Monday, November 28, 2011





بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ 

“Aku mencintaimu kerana Allah"

Ketika aku menyayangimu kerana akidahmu,
Ketika aku meluruskanmu kerana tak ingin kau berbelok arah,
Ketika aku mendo’akanmu tanpa kau tahu,
Ketika aku berlapang dada dengan teguranmu,
Ketika aku tersenyum untuk kebahagiaanmu,
Ketika aku menguatkan saat kau mulai terjatuh,
Ketika aku sekuat tenaga tanpa jemu membantumu,
Ketika sahutan salam menyapa saat kita bertemu,
Ketika aku begitu cepat melupakan kesalahanmu,
Ketika aku membuka lebar-lebar pintu maaf untukmu,
Ketika aku menjaga rahsiamu,
Ketika kita duduk bersama dan pembicaraan kita selalu tertuju untuk kebaikan,
Dan Ketika terkadang aku perlu melepasmu dengan penuh keikhlasan,
Jika Allah yang memintaku untuk mencintaimu,
Dan aku melakukannya, dengan izin Allah dan semoga hanya kerana Allah,
Sahabatku, apa kau juga “mencintaiku kerana Allah”?
Maka aku akan selalu berharap dan semoga hanya kerana Allah..

Sunday, November 6, 2011

Muhasabah diri..

Bagaimana ku mendambakan seorang yang soleh sedang diri ini belum cukup solehah untuknya..Ya Allah, izinkanlah orang yang mencintai-Mu untuk mencintaiku..

Srikandi cintanya..

Semoga cinta yang hadir kelak adalah lebih baik berbanding cinta yang ku lepaskan..Semoga kelak ku akan jadi pendampingnya, seorang mujahid yang berjuang atas jalan dakwah..Biar ku jadi srikandi cintanya, penyuluh semangatnya di jalan jihad..kerana ku ingin syahid bersamanya dalam membela agama Islam ini..