Betapa diri ini ingin dicintai dan mencintai..Naluri semulajadi yang Allah anugerahkan kepada semua manusia..Terasa begitu cemburu hati ini bila melihat kebahagiaan mereka yang akhirnya mendapat cinta sejati,suami yang soleh,keluarga yang bahagia..Begitu cemburu(tapi bukan dengki)..Betapa bertuahnya seorang wanita yang akhirnya disunting oleh seorang lelaki yang soleh..Betapa bahagianya bila diri ini dicintai oleh insan yang telah sah milik kita..Betapa merupakan satu anugerah bila diri ini berjaya menjadi seorang isteri,dan seorang ibu yang akan berjuang dan berkorban untuk suami dan anak-anaknya..Sungguh aku rindu menantikan saat itu..Saat pahala amal dilipat-gandakan(pahala ibadah orang yang telah berkahwin lebih besar berbanding orang yang masih bujang)..
       Mungkin ini yang terbaik untukku buat masa ini..Ya Allah,aku sabar menantikan si dia..Aku sabar menantikan cintanya..insan Soleh yang akan kau takdirkan untukku..Akan ku simpan cinta ini untuk dirinya,agar percintaan kami kelak penuh kemanisan cinta suci..Akan ku jaga kesucian cinta ini untuknya,agar dirinya kelak menjadi suami yang paling bahagia..Akan ku setia menantinya..Akan ku lengkapkan diri ini dengan iman yang teguh,dengan ilmu yang mantap,agar ku mampu menjadi isterinya yang solehah..Akan ku hiasi diri ini dengan akhlak peribadi solehah,agar aku jadi yang tercantik pada pandangannya kelak..Akan ku berusaha jadi yang terbaik untuknya,kerana ku ingin bercinta sampai syurga..Ku ingin di akhirat kelak,aku jadi ketua bidadari buatnya..Akan ku bahagiakan dirinya, di dunia dan akhiratku..Amin..
      Ya Allah,hadirkanlah dia dalam hidupku..Kurniakanlah aku suami yang soleh..Yang akan membimbingku untuk lebih mencintai-Mu..Yang akan membahagiakanku di dunia dan akhiratku..Ya Allah,tunjukkan aku siapalah dirinya..Kurniakanlah aku hidayan-Mu dalam membuat pilihan yang terbaik..Ya Allah sesungguhnya Kau Maha Mengetahui,sedangkan kami tidak mengetahui..Sekiranya dia yang terbaik untuk diriku dan agamaku,di dunia dan akhiratku..Maka Kau berikanlah dia kepadaku..Terbitkanlah rasa cinta dihatiku untuknya dan terbitkanlah rasa cinta dihatinya untukku..Teguhkanlah rasa cinta itu..Permudahkan cinta ini, Ya Allah..
     Namun Ya Allah,sekiranya dia bukan yang terbaik untuk diriku dan agamaku,maka Kau jauhkanlah dia daripadaku..Janganlah Kau biarkan terbit rasa cinta dihatiku untuknya,dan jangan Kau biarkan terbit rasa cinta di hatinya untukku..Jangan Kau biarkan kami terperangkap dalam permainan perasaan, Ya Allah..
     Ya Allah, aku ingin mencintainya kerana agamanya..Dan ku ingin dia mencintaiku kerana agamaku..Dan ku ingin kami bercinta kerana-Mu dan agama-Mu..Permudahkan cinta ini Ya Allah..Amin Ya Rabbal Alamin..
Ketika Cinta Bertasbih..
 
 
No comments:
Post a Comment