Boleh ke lelaki dan perempuan bersahabat??
"Apabila bertaut dua hati yang tidak halal , maka akan ada yang ketiga , yakni syaitan . Dia yang menjadikan hubungan antara lelaki dan wanita itu indah . Syaitan mengaburi mata manusia dengan kemanisan hubungan yang tidak halal . Yang nampak bercahaya sedangkan manusia itu berjalan dalam kegelapan yang penuh duri . Itulah muslihat syaitan . Kita kena sentiasa ingatkan diri kita . Setiap manusia mempunyai kelemahan , mudah tergoda , lemah iman . Syaitan itu adalah musuh yang jelas . Maka , kita kena jauhi dari tipu muslihatnya . Dengan cara muhasabah diri , jangan lari dari cinta Allah dan Rasul . Kerana cinta itu bias menguatkan yang lemah , mengubati yang sakit , memberi cahaya kepada kegelapan . Cinta manusia tak kekal . Jangan kita tumpulkan duri pertahanan kita sebagai mujahidah hanya kerana manisnya kata – kata lelaki . Tahajudlah kepada DIA ."
"Hubungan antara banin dan banat tiada atas dasar kawan.Hubungan yang berlaku hanyalah ketika bermuamalat dan urusan jual beli.Itu sja.Fullstop.Jangan pernah kata yang kita ada best friend lelaki.Takkan terjadi hubungan itu penuh kemuliaan tapi terjadinya hubungan itu dengan penuh maksiat dengan wujudnya syaitan sebagai yang ketiga.Kita takkan dapat lari dari itu.Kita takkan boleh nak sembunyikan perasaan itu.Sesunggunya Allah berfirman“Tidakkah mereka tahu bahawa Allah mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka nyatakan?” Bencilah perbuatan itu dan menjauhkan diri dan itulah selemah-lemah iman.Matlamat tak pernah menghalalkan cara."
SUMBER: dari seorang sahabat
SUKARNYA MENJAGA IKHTILAT
Inilah maksud firman Allah ta’ala”
” dan orang2 beriman lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bg setengah yg lain, mereka menyuruh berbuat makruf dan mencegah mungkar.” AQT 9: 71
Dalam konteks ini, tiada halangan lelaki dan perempuan ajnabi berkawan dan bersahabat serta liqa’ atau pertemuan dalam bekerjasama dalam perkara2 kebaikan: menuntut ilmu, program2 kebajikan dan jihad.
Perincian Dr Abdul Halil Abu Syuqqah (sahabat Dr Qardhawi),
1. Pertemuan dan kerjasama itu hendaklah dalam suasana serius
2. menahan pandangan
3. menghindari berjabat tangan
4. mengenakan pakaian yg menepati syari’at (jilbab)
5. tidak bersesakan dan elok jika ada pemisahan
6. menghindari khulwah (berdua-duaan di tempat sunyi), namun boleh jika:-
a. khulwah di kawasan awam yg ada orang ramai
b. beberapa lelaki dengan seorang perempuan
c. seorang lelaki dengan beberapa perempuan..
7. tidak terlalu lama dan berulang
8. menghindari tempat yg mencurigai
9. menjauhi perbuatan dosa
Etika khusus wanita jika keluar mengadakan pertemuan dengan lelaki:
1. jika bercakap tidak menggunakan bahasa yg lunak dan gaya yg menggoda
2. berjalan dengan sopan dan tertib
3. elakkan pergerakan yg manja dan menggoda
4. tidak memakai parfum/pewangi
5. serius dlm berbicara
 



 
No comments:
Post a Comment